MENARIK DISINI

,
. . . .
. .
.
.
. .
. .

WAJIB BACA NI!!!

****PERHATIAN!!! SEMUA KAD DI BLOG NI, MERUPAKAN SAMPEL ATAU ORDER YANG CUSTOMER YANG TERDAHULU...TIADA READY STOCK!! JIKA ADA PERMINTAAN DARI PELANGGAN, Zuneta's Card Craft AKAN HASILKAN KAD YG BARU, DAN ANDA BOLEH UBAH SEGALA BENTUK REKAAN,WARNA, TULISAN, DSB NYA...SBB BLOG NI, AKAN MENGUTAMAKAN IDEA & KEHENDAK ANDA SENDIRI...
****HARGA KAD TIDAK TERMASUK KOS POS LAJU.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SEBARANG TEMPAHAN,
SILA RUJUK SEBELAH KANAN DI BAWAH "TEMPAHAN"
***untuk tempahan kad atas daya imiginasi/idea anda..sila maklumkan dan buat tempahan seawal 2-3.minggu sebelum tarikh akhir yang anda inginkan
Sebarang Pertanyaan Sila EMAIL@SMS (Sahaja) :
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
SEBARANG PERTANYAAN:
EMAIL :

INFO PENTING !!!!

SEBARANG TEMPAHAN HANYA MELALUI EMAIL DAN SMS

Zuneta179@gmail.com
012-4935342 (SMS SAHAJA)

Thursday, July 19, 2012

Jadual Tempahan KAD RAYA 2012


Supaya tidak terjadi seperti tahun lepas....dengan keadaan kalut dan berserabut menguruskan order customer untuk hari raya, jadi tahun ini akan dilakukan dengan lebih tersusun. Zu akan bahagikan setiap order mengikut batch atau peringkat tempahan. Semua penghantaran akan dilakukan seminggu sekali sahaja...jadi dalam seminggu itu, zu akan terima tempahan anda...pada hujung minggu baru zu pos semua sekali...rujuk jadual bawah ye...


DESIGN KAD RAYA boleh rujuk yang tahun 2011 punya, jika tidak suka....sila bagi idea @ design kepada zu...zu akan usahakan..KLIK SINI 





** Sebarang TEMPAHAN selepas 11/08/2012 tidak akan dilayan....ini masa untuk zu buat kuih raya pulak...hehehe....harap maaf ye....

KAD 056 - Kad Hari Raya ( PELITA)


Kad ketupat atas ni sila rujuk entry SINI untuk code kad tersebut...



Bagi peminat MERAH + HITAM, kad raya kali ini didatangkan khas untuk anda....semua buatan tangan....
Tempahan dibuka, penghantaran hanya dilakukan selepas 7 hari puasa ye....jika tempahan selepas 7 RAMADHAN, jadi tunggu lagi seminggu baru zu pos penghantaran yang seterusnya.....jangan marah jika dapat lepas raya ye....so sorry...!!!


CODE:    056
SIZE : 10.5 cm  (H) x 15 cm (W)
HARGA: RM 10.00 sekeping
FREE:  -

TEKNIK : QUILLING 
STATUS:  UPON REQUEST (atas permintaan)






Wednesday, July 18, 2012

KAD 055 - Congratulation (CV)





Tema kad di atas sama macam kad 054, warna pastel dan tema congratulation. 
Kad di atas tiada pop up, dan ruang untuk ucapan sudah disediakan di dalam kad. Kad ini juga boleh diubah menjadi KAD HARI RAYA 2012. Tempahan KAD RAYA sudah di buka. 

CODE:    055
SAIZ:    Comel Version 10.5 cm (W) x 15 cm (H)
HARGA : RM5.00-RM8.00 sekeping
*harga berbeza mengikut saiz, material dan design
FREE:  -
TEKNIK : QUILLING  



KAD 054 - Congratulation Card (CV)




Kali ni, kad congratulation....warna tema kad ini ialah warna pastel...tapi zu bukan pandai sangat bab-bab warna ni, rasanya betul dah kut...kihkih...Kad ini macam kad sebelum-sebelum ini juga, tiada pop up di dalam, tetapi ruang untuk menulis ucapan sudah disediakan. Oppps...sebelum zu lupa, tempahan kad raya sudah dibuka....dan design di atas ini boleh juga di buat KAD RAYA 2012 ye...cuma zu akan tukar perkataan congratulation kepada SELAMAT HARI RAYA!!! Tempahan Kad Raya 2012 di buka....

CODE:    054
SAIZ:    Comel Version 10.5 cm (W) x 15 cm (H)
HARGA : RM5.00-RM8.00 sekeping
*harga berbeza mengikut saiz, material dan design
FREE:  -
TEKNIK : QUILLING  






KAD 053 - Happy Birthday (CV)





Kad ini adalah susulan dari entry sebelum ini, kali ni tema kad adalah warna hijau....tiada popup di dalam, tapi zu sudah sediakan ruang untuk menuliskan ucapan...lagi dua ye zu akan upload, sebab senang zu letakkan kod bagi setiap kad....malah memudahkan kedua-dua belah pihak ye...antara zu dan customer bila buat tempahan nanti....tq...
CODE:    053
SAIZ:    Comel Version 10.5 cm (W) x 15 cm (H)
HARGA : Rm5.00-Rm8.00 sekeping
*harga berbeza mengikut saiz, material dan design
FREE:  -
TEKNIK : QUILLING  



KAD 052 - Happy Anniversary (CV)






CODE:    052
SAIZ:    Comel Version 10.5 cm (W) x 15 cm (H)
HARGA : RM5.00-RM8.00 sekeping
*harga berbeza mengikut saiz, material dan design
FREE:  -
TEKNIK : QUILLING  


Kad jenis (CV) ialah bermaksud " Comel Version", saiz seperti tertera di atas....kad ini adalah order dari customer yang inginkan 5pcs kad yang berbeza tema dan warna. Zu akan publish kad yang selebihnya dalam entry kemudian...Kad di atas tiada sebarang Pop Up...harga bermula serendah RM5-RM8 sahaja mengikut material....

Wednesday, July 4, 2012

KAD 051 - GOOD LUCK (BELLA)









Kad atas ini adalah didatangkan dengan pakej kad yang zu publish sebelum ini. Menggunakan warna tema BIRU+PINK+UNGU. Untuk hiasan hadapan kad, zu gunakan bunga rose...bagi nama BELLA...zu aplikasikan dengan menggunakan warna UNGU. Hiasan dalam kad pula, hanya sekadar sepotong ayat untuk penerima....

CODE:    051
SAIZ:    A4
HARGA 
*harga berbeza mengikut saiz, material dan design
FREE:  -
TEKNIK : QUILLING  & POP UP



KAD 050- Happy Birthday (Sue Hana)







Kad kali ini, adalah dari customer yang inginkan 2 pcs kad dan 2 pcs bookmark, jadi pakej la ni....macam gambar yang pertama tu...zu publish kad yang pertama dulu, sebab senang nak letak kod setiap kad....zu pun tak keliru.. Bagi kad SUE HANA ni, warna tema BIRU+ PINK!!!! Biru tu zu lebihkan kepada permainan ribbon, dan warna pink...zu guna untuk buat nama penerima kad...SUE HANA. Dalam kad ni, zu ada buat pop up cake...simpleeee sangat!!! Sebenarnya order ini boleh dikatakan urgent juga...sebab dalam 3 hari je zu buat semua pakej ni...!!! Rasanya macam nak kenakan caj tambahan je lau ada customer nak urgent....boleh ke?? mungkin RM 2.00 ke?? masih lagi duk fikir perlu atau tidak!!....sebab quilling ni, lau buat urgent atau kalut-kalut...memang sakit kepala....

CODE:    050
SAIZ:    A4
HARGA 
*harga berbeza mengikut saiz, material dan design
FREE:  -
TEKNIK : QUILLING  & POP UP




Kad 049 - Thank You (Frame)






Kad di atas adalah bersaiz A4, customer order ini untuk diletakkan dalam frame...jadi zu hanya sediakan kad di atas ini sahaja, manakala frame disediakan sendiri oleh customer atas sebab kekangan masa. Jika anda ingin zu sertakan frame sekali, sila buat tempahan awal...sebab memudahkan zu untuk beli frame yang sesuai dengan ketebalan quilling zu buat...Warna tema ialah UNGU + MERAH + HIJAU. Gambar semua zu cucikan...ermmm...yang lain-lain tu, macam biasa la...quilling..@ gulungan kertas...Design zu buat ini, adalah hasil lakaran customer sendiri tau??...jadi..jika anda ada idea...boleh je lakar design untuk zu...anda pun mesti kreatif orangnya kan?? tak percaya?? cuba la....

CODE:    049
SAIZ:   Separuh  A4
HARGA : RM18.00-RM20.00 
*harga berbeza mengikut saiz, material dan design
FREE:  -
TEKNIK : QUILLING  & Pop Up



For Sale !!! - LOVE Quilling


Kali ni zu tak nak jual kad...nak jual LOVE atas ni je...hanya design LOVE atas ni je tau...jangan minta design lain....tidak boleh ye!!! hehe....

WARNA : Anda boleh tentukan
SAIZ : Anda boleh tentukan...sila bagi saiz diameter LOVE yang diingini
HARGA : Ikut saiz LOVE anda
KUANTITI : Tiada Minimum Order
KEGUNAAN
i) boleh reka handmade card anda sendiri dengan LOVE zu
ii) boleh diletakkan dalam frame kaca
iii) boleh dijadikan sebagai BOOKMARK...cuma tambah ribbon je
iv ) jika anda kreatif...boleh lekat di dinding bilik tidur anda sebagai hiasan...cuba la...


Berminat ??? email atau SMS

ayang_zu179@yahoo.com.my
012-4935342 (zuneta)




Image from glowtxt.com text generator

aik...tunggu jap...ada lagi...CLICK ON "OLDER POSTS"

.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...